LAPORAN KRONOLOGI UNTUK AHLI KPPM BERKAITAN ISU PENAMBAHBAIKAN GRED DV JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL / PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL / PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL BAGI PENSYARAH MARA (KKTM/IKM)
KESATUAN
PEGAWAI-PEGAWAI MARA (KPPM)
LAPORAN KRONOLOGI
UNTUK AHLI KPPM BERKAITAN ISU PENAMBAHBAIKAN GRED DV JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI
LATIHAN VOKASIONAL / PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL / PEGAWAI LATIHAN
VOKASIONAL BAGI PENSYARAH MARA (KKTM/IKM)
Bil.
|
TAHUN
|
PERKARA
|
1
|
31hb Januari
2008
|
KPPM telah menghantar kertas kerja ke Mesyuarat
JPA-MBK (Majlis
Bersama Kebangsaan Kumpulan Pekerja Sains & Teknologi) berkaitan
Penambahbaik Skim perkhidmatan PPLV/PLV.
|
2
|
16hb Oktober
2008
|
KPPM juga telah menghantar Kertas kerja ke Mesyuarat
JPA-MBK Untuk Mengujudkan Elaun Khas Pengajar Vokasional (PPLV, PLV) Yang
Memiliki Sijil Perakuan Kekompetenan.
|
3
|
2008 - 2009
|
Mesyuarat
KPPM bersama JPA dalam Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Kumpulan Pekerja
Sains dan Teknologi sebanyak 4 kali berkaitan kertas kerja yang di hantar
oleh KPPM bermula mesyuarat pertama
pada 17hb April 2008 (Rujukan Mesyuarat Jkuasa Penyelaras MBK Bil. 1/2008
bertempat di JPA Putrajaya).
Hasil
Mesyuarat MBK tersebut;
i.
JPA bersetuju membuat kajian berkaitan Kertas kerja
KPPM
ii.
MARA disarankan mengujudkan Peperiksaan KPSL J42
sendiri.
iii.
MARA boleh membuat permohonan khas ke JPA untuk
membuat lantikan KUP bagi jawatan PLV J41 jika ada keperluan melantik PLV
yang bukan kejuruteraan.
|
4
|
28hb Okt 2010
|
Pihak JPA telah mengeluarkan keputusan menolak
kertas kerja KPPM berkaitan elaun khas pengajar Vokasional (PPLV, PLV) Yang
Memiliki Sijil Perakuan Kekompetenan atas alasan keperluan perakuan
kekompetenan adalah sebahagian kerja hakiki. Rujukan Surat JPA kepada MARA (JPA.SARAAN(s) 215/8/10(14).
|
5
|
2010
|
Kertas kerja penambahbaikan Skim PPLV/PLV masih
dalam kajian JPA disebabkan ianya juga melibat jawatan bersepadu daripada
agensi yang berkaitan seperti IKBN, ILP, Jabatan Penjara dan lain-lain. JPA mengadakan
beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia , Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani, Kementerian Pengajian Tinggi, Unit Perancang Ekonomi, Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA), Lembaga Arkitek. Kajian adalah berkaitan gred jawatan
Pembantu / Penolong / Pegawai Latihan Vokasional.
|
6
|
2011
|
MARA bersetuju melaksanakan Peperiksaan
KPSL PPLV ke PLV seperti mana yang disarankan oleh JPA.
|
7
|
2011
|
JPA telah mengeluarkan pekeliling skim
baru (SBPA) menggantikan Skim SSM termasuk skim PPLV/PLV yang digantikan
dengan skim Pegawai Latihan Kemahiran. Pekeliling skim SBPA ini yang sepatutnya berkuatkuasa
pada 1hb Januari 2012 telah dibatalkan oleh JPA disebabkan isu
keadilan kenaikan gaji peringkat Jawatan Pengurusan Tertinggi (Gred JUSA) yang
dibangkitkan oleh CUEPACS.
|
8
|
2011
|
Kesatuan
Pegawai-Pegawai MARA mengsyorkan di dalam mesyuarat MBJ agar pihak Pengurusan
MARA mewujudkan Guru
Pakar (Teknikal) yang berpengalaman dan terlatih disetiap pusat IKM dan KKTM
setanding dengan Guru Pakar (Akademik) yang terdapat di MRSM.
BSM dengan bantuan BKT telah
kemukakan kertas cadangan ke JPA pada 28 ogos 2012.
|
9
|
2012
|
KPPM mengemukakan usul dalam Mesyuarat Majlis
Bersama Jabatan (MBJ) untuk mengujudkan Gred Time Based untuk
semua Gred (B,C,E,F,J,L,N,R,S dan W).
Kertas kerja laluan kerjaya semua
pegawai perkhidmatan MARA untuk Jawatan Time Based / fleksi dikemukakan oleh
BSM 13 Ogos 2012 melalui KKLW untuk dipanjangkan ke JPA (Kertas Kerja dari
KKLW ke JPA 7 September 2012).
|
10
|
2012
|
Maklum balas diterima oleh KPPM di dalam
Mesyuarat MBJ adalah secara dasarnya JPA setuju dengan cadangan MARA untuk
mengujudkan jawatan Time Based dan gred PLV adalah mengikut time based gred
DG.
|
11
|
2013
|
KPPM
menyuarakan sekali lagi dalam Mesyuarat MBJ berkaitan status cadangan
pewujudan gred Time Based PPLV/PLV.
KPPM
dimaklumkan dalam Mesyuarat MBJ bahawa pihak JPA sedang memperhalusi
cadangan Gred Time Based untuk dilaksanakan dalam semua skim perkhidmatan.
|
12
|
2014
|
Di
dalam pembentangan Bajet pada Oktober 2014, PM mengumumkan persetujuan untuk
memberi penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam termasuk skim PLV/PPLV
untuk dilaksanakan pada tahun 2015.
|
13
|
2014
|
Surat Kelulusan Perjawatan Bil. E 57
Tahun 2014,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan
Kementerian Kewangan telah meluluskan perjawatan fleksi bagi gred 41/44 untuk
untuk dilaksanakan oleh MARA.
|
14
|
Feb 2015
|
KPPM
telah dimaklumkan oleh JPA dalam Mesyuarat MBK S&T berkaitan skim baru
gred PPLV/PLV. Pihak JPA maklumkan telah menyiapkan pekeliling untuk skim
baru PPLV/PLV berserta 252 skim perkhidmatan untuk dilaksanakan dan hanya
menunggu masa diumumkan oleh kerajaan.
|
15
|
Jun 2015
|
Menerusi
mesyuarat MBJ bilangan 2/2015, sekali lagi KPPM membangkitkan isu
tersebut untuk tindakan MARA supaya menghubungi JPA bagi mempercepatkan
dikeluarkan pekeliling untuk skim baru gred PPLV/PLV berserta Time Based
disebabkan skim PLV tiada dalam surat edaran permohonan kenaikan pangkat
secara gred fleksi (time base 4 – 6 tahun) yang telah diumumkan oleh MARA
(rujukan Surat Pekeliling Perjawatan Mara Bil. 52/2015 - 29 April 2015) untuk gred
1.
Bakat dan Seni B41/44
2. Pegawai Ehwal Ekonomi E41/44
3. Pegawai Teknologi Maklumat F41/44
4. Jurutera / Arkitek / Juru Ukur Bahan J41/44
5. Pegawai Undang-Undang L41/44
6. Pegawai Perpustakaan S41/44
7.
Akauntan W41/44
Pihak
Pengurusan MARA berjanji untuk membuat susulan ke JPA mengenai saranan KPPM
ini berkaitan gred PLV J41.
|
16
|
Julai 2015
|
KPPM
telah menerima banyak rungutan berkaitan isu pegawai lama berkhidmat yang
tidak dapat peluang kenaikan pangkat berbanding jawatan lain yang ada time
based dan gred Fleksi. Oleh itu, KPPM mengadakan perjumpaan dengan Presiden
CEUPACS untuk mendesak kerajaan bagi mengeluarkan segera pekeliling baru skim
gred PPLV/PLV
Presiden CUEPACS berjanji akan mendesak
kerajaan untuk mengumumkan skim baru 252 perkhidmatan termasuk skim PPLV/PLV
dalam budget 2016 yang akan dibentang oleh PM pada Oktober 2015.
|
17
|
Ogos 2015
|
KPPM juga mengadakan perjumpaan dengan
Pengerusi MBK Bagi Pihak Kumpulan Pekerja Sains & Teknologi untuk
mendesak kerajaan bagi mengeluarkan segera pekeliling baru skim gred
PPLV/PLV. Beliau juga berpandangan sama seperti Presiden CUEPACS akan
mendesak kerajaan untuk mengumumkan segera skim baru PPLV/PLV.
|
18
|
Disember 2015
|
Dalam
mesyuarat MBJ di IKM Lumut, KP MARA telah berbincang dengan pihak JPA
berkaitan skim Pegawai Latihan Vokasional. Sebarang kenaikan pangkat secara
fleksi ditangguhkan oleh JPA untuk Skim PLV sehingga pekeliling dikeluarkan
baru.
|
19
|
Mac 2016
|
Presiden
CUEPACS juga memaklumkan telah diberi taklimat oleh JPA berkaitan 252 skim
yang akan dipinda.
|
20
|
April 2016
|
Semua
kesatuan di bawah gabungan CUEPACS dipanggil taklimat oleh JPA berkaitan 252
skim. Dan pekeliling akan dikeluarkan pada 14hb April 2016. Kuat kuasa
pekeliling 1 julai 2016.
|
21
|
Mei 2016
|
Mesyuarat
MBJ 27 mei 2016, KPPM telah usulkan kepada pengurusan MARA untuk buat segera
kaedah pelaksanaan skim DV yang telah ada dalam pekeliling JPA. KP mara
setuju dengan KPPM dan minta BSM buat mesyuarat bersama kesatuan membincang
skim DV.
|
22
|
1 Julai 2016
|
Pelaksanaan
Pekeliling yang melibatkan 252 skim dengan kenaikan gaji 1 KGT.
|
22
|
26 Ogos 2016
|
Atas
arahan KP mara, minta BSM buat segera bengkel Skim DV dan dijemput bersama
presiden kesatuan. Bengkel diadakan di Hotel Royal Chulan selama 2 hari
bersama pengarah dan pengarah pusat yang terpilih. KP MARA turut hadir
bengkel pada pukul 11 malam sehingga 1 pagi.
|
23
|
3 Sept 2016
|
Draf
skim DV telah siap dibuat oleh BSM tetapi kesatuan minta draf tersebut
dipinda sebab tidak sama dengan saranan kesatuan.
|
24
|
9 Sept 2016
|
BSM
setuju adakan semula bengkel bagi memurnikan draf skim DV sebelum
dibentangkan kepada KP MARA dan dibawa ke mesyuarat Majlis MARA. Terdapat
pindaan yang dibuat oleh KP mara.
|
25
|
25 Okt 2016
|
BSM
telah siapkan kertas cadangan dengan pindaan yang dibuat oleh KP. Semakan
terakhir telah dibuat oleh kesatuan sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat
Majlis.
|
26
|
1 Nov 2016
|
Majlis
MARA luluskan Skim ‘Time Base’ berdasarkan Kecemerlangan gred DV PPLV/PLV pensyarah
IKM/KKTM untuk diangkat ke JPA.
|
27
|
1 Dis 2016
|
Kesatuan
telah hubungi JPA berkaitan perlaksanaan skim DV untuk agensi di bawah JPA.
JPA maklumkan sekarang dalam proses mendapatkan maklumat PLV DV41 yang telah
berkhidmat lebih 8 tahun di IKBN, ILP, ADTEC dan lain agensi bersepadu bawah
JPA.
|
28
|
23 Nov 2016
|
BSM
telah menghantar kertas cadangan ke JPA untuk mendapatkan persetujuan bagi
perlaksanaan Skim DV PPLV/PLV MARA.
|
29
|
6 Feb 2017
|
BSM
telah bermesyuarat dengan JPA untuk mendapatkan persetujuan bagi perlaksanaan
Skim DV PPLV/PLV untuk MARA.
|
30
|
7 Mac 2017
|
Pengarah
BSM telah memaklumkan bahawa JPA melalui email telah memberi persetujuan bagi
perlaksanaan Skim ‘Time Base’ berdasarkan Kecemerlangan gred DV PPLV/PLV
untuk MARA.
|
31
|
13 Mac 2017
|
Pengarah
BSM telah memaklumkan kepada KPPM bahawa MARA telah mendapat surat rasmi
persetujuan daripada JPA bagi perlaksanaan Skim ‘Time Base’ berdasarkan
Kecemerlangan gred DV PPLV/PLV untuk MARA.
|
32
|
15 Mac 2017
|
KPPM
bersama Pengarah BKT telah menandatangani persetujuan Draf Surat Pekeliling
yang akan dikeluarkan oleh MARA bagi perlaksanaan Skim ‘Time Base’ Gred DV
Berdasarkan Kecemerlangan untuk jawatan PPLV/PLV MARA.
|
33
|
2 Jun 2017
|
MARA
telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Mara Bil. 8/2017.
Kaedah
Kenaikan Pangkat Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional
Dan Pegawai Latihan Vokasional Berasaskan Kecemerlangan Tanpa Tertakluk
Kepada Kekosongan Jawatan.
|
34
|
Pertengahan Ogos 2017
|
BKT
dijangka akan mengadakan Bengkel untuk membuat kaedah penilaian kenaikan
pangkat pengajar IKM/KKTM berpandukan Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.
8/2017.
Bengkel
ini akan membincangkan kaedah penilaian temuduga serta format borang-borang
berkaitan dan rubrik penilaian pencapaian pengajar.
|
35
|
Awal September 2017
|
P.BKT
/ P.BSM / KPPM akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan dan membuat
keputusan hasil dapatan daripada bengkel bulan Ogos 2017 untuk seterusnya
dilaksanakan proses panggilan temuduga atau sebagainya berkaitan kenaikan
pangkat pengajar IKM/KKTM berpandukan Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.
8/2017.
|
KPPM
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi MARA / JPA /
CUEPACS/ Kesatuan-Kesatuan Gabungan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan
lain-lain pihak yang terlibat untuk melaksanakan penambahbaikan gred jawatan
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional /
Pegawai Latihan Vokasional bagi pensyarah MARA (KKTM/IKM) sejak mula
dicadangkan oleh KPPM dari tahun 2008 sehingga kini telah diluluskan oleh JPA
dan MARA.
Semoga
Perlaksanaan skim DV ini dapat meningkatkan prestasi kerja serta memberi
peluang pensyarah-pensyarah KKTM/IKM mendapat kenaikan pangkat ke gred lebih
tinggi sehingga ke gred DV 54.
Disediakan oleh:
Ahmad
Fauzi Bin Mohamed P.P.N
Presiden
Kesatuan
Pegawai-Pegawai MARA
07hb Ogos
2017.
|
3 comments: