Sepintas Lalu


SEPINTAS LALU

Sejarah Penubuhan:


Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA telah berusia 54 tahun iaitu ditubuhkan pada 22 Ogos 1960 dengan nama RIDA Officers' Union dan berdaftar dibawah seksyen 12 (1) Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 (Trade Union Ordinance 1959) dengan nombor pendaftaran 95

Ia kemudiannya telah ditukar nama kepada MARA Officers Union pada 31Disember 1966
                                            
Keahlian:

Keahlian kesatuan terbuka kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan
MARA berumur 18 tahun keatas. Setakat ini (Mac 2008) KPPM mempunyai keahlian seramai lebih kurang 936 orang.
 
Yuran Keahlian:

Setiap ahli dikenakan yuran sebanyak RM 3.00 sebulan dan dibuat melalui potongan
gaji. Yuran kemasukan bagi ahli baru sebanyak RM 5.00 sahaja.
 
 
Mesyuarat Agung:

Mesyuarat Agong diadakan pada setiap dua tahun sekali bagi membincangkan 
perkara yang berbangkit di kalangan ahli.

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kesatuan juga dilantik setiap dua tahun
sekali pada Mesyuarat Agung.

Mesyuarat EXCO


Mesyuarat Exco diadakan setiap 3 bulan untuk menentukan aktiviti-aktiviti yang
dirancang berjalan dengan lancar. 
                                   
Mesyuarat Tergempar Exco akan diadakan sekiranya wujud perkara-perkara 
penting berbangkit dikalangan ahli-ahli. 
                                            
Majlis Bersama Jabatan (MBJ):


Ahli MBJ terdiri daripada;
Pihak Pengurusan MARA dengan exco KPPM & KEKAM. Mesyuarat dipengerusikan 
oleh Ketua Pengarah MARA.

Mesyuarat MBJ diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi menyalurkan permasalahan ahli kepada Pengurusan Tertinggi MARA.

Bidang dan fungsi Majlis Bersama Jabatan adalah sebagai forum muafakat dan hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara seperti di bawah:- 


Membincang dan memutuskan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan; 
                                   
Membolehkan pekerja-pekerja mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja dan tugas mereka serta mematuhi syarat-syarat yang dikenakan ke atas tugas-tugas tersebut;

Menggalakkan pekerja menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih mengenai pentadbiran berbagai jabatan dalam MARA;

Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari pekerja menangani perkara ini.

Sumbangan dan Aktiviti:


Menghantar ahli-ahli Kesatuan berkursus, seminar yang dianjurkan oleh CUEPACS, Majlis Bersama Kebangsaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Menghadiri mesyuarat dengan CUEPACS, Majlis Bersama Kebangsaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Menghantar ahli-ahli Kesatuan

Memberi sumbangan kebajikan kepada ahli dan anak-anak ahli seperti :- 

a). Hadiah Kecemerlangan Pelajaran Peringkat SPM dan PMR.
b). Hadiah Persaraan kepada ahli yang bersara.

Memberi ceramah, penerangan dan nasihat kepada ahli-ahli berkaitan dengan maklumat pekerjaan dan dasar-dasar MARA dan Kerajaan. 

Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti oleh MARA dan Kerajaan seperti Hari Pekerja, Hari Merdeka, Maal-Hijrah dan juga perayaan-perayaan yang diadakan oleh MARA.

0 comments: