Thursday 23 July 2015

Sumbangan untuk Ahli

Pada 16 Julai 2015, EXCO KPPM, En Mahadi Bin Kadir telah menziarahi ahli KPPM En. Mohd. Nizam Bin Abdul Khalil, staf IKM Lumut di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Isteri beliau yang juga PMD Teluk Intan, Pn. Sariza Binti Ismail sedang menjalani rawatan di hospital tersebut kerana penyakit kanser paru-paru. Turut disampaikan sedikit sumbangan dari kesatuan.


0 comments:

Notis Mesyuarat Agung

untuk muat turun, sila klik disini

0 comments:

Program Wacana Minda Ramadhan

Program Wacana Minda Ramadhan 1430 ini telah diadakan di di Tingkat 24 Ibu Pejabat MARA pada 5 Julai 2015 dan dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Ibrahim Bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA. Ceramah disampaikan oleh Ybhg. Datuk Azih Muda, President CUEPACS. Turut disampaikan ialah sumbangan Bubur lambuk kepada orang ramai pengguna Jalan Raja Laut.








0 comments:

Seminar Pemantapan Profesionalism Penjawat Awam

Satu seminar Pemantapan Profesionalism Penjawat Awam anjuran CUEPACS Malaysia telah diadakan di Kuala Lumpur pada 25 Jun 2015. Seminar ini telah dihadiri oleh YBhg Datuk Azih Muda dan Exco tertinggi CUEPACS serta ahli gabungan. Ceramah telah disampaikan oleh Ybg. Datuk Ibrahim Bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA.



0 comments:

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di Johor Bahru, Johor Darul Takzim

Mesyuarat Bersama Jawatan (MBJ) telah diadakan di Hotel Putri Pan Pacific, Johor Bahru pada 14 Jun 2015 untuk membincangkan isu-isu berbangkit dikalangan warga kerja MARA. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Salmah Hayati Binti Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) YBhg. Datuk Zainudin Bin Ab. Rahim serta pengarah-pengarah Bahagian.












0 comments:

Engagement dengan Warga Kerja MARA Wilayah Utara dan Mesyuarat EXCO khas

Satu Engagement dengan warga kerja MARA wilayah utara yang melibatkan IKM, KKTM, KM MRSM dan PMN di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah diadakan pada 9 Jun 2015 di dewan IKM Sik, Kedah. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah IKM Sik, En Mohd. Azam Bin Mohd. Saleh.

Satu Mesyuarat EXCO Khas juga telah diadakan pada 10 Jun 2015 untuk penetapan tarikh dan tempat untuk melangsungkan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KPPM yang akan datang.












0 comments:

Wednesday 22 July 2015

Mesyuarat Pre Council MBJ

Mesyuarat Pre Council Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diadakan di Ibu Pejabat MARA pada 22 Mei 2015. Mesyuarat membincangkan isu-isu yang akan dibawa ke Mesyuarat MBJ di Johor Bahru kelak.




0 comments:

BENGKEL KAJIAN KERTAS CADANGAN MBK AM 2015

Satu bengkel Kajian Kertas Cadangan MBK Am telah diadakan di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu, Sabah pada 2 - 4 Mac 2105. Bemgkel ini adalah anjuran CUEPAC dan dirasmikan oleh YBhg Dato' Muhammad Yusoff Bin Wazir, Pengarah Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dua orang EXCO KPPM telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam bengkel ini.



0 comments:

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM DAN TAKLIMAT ISU-ISU SEMASA


Satu majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Taklimat Isu-Isu Semasa anjuran JPA dan CUEPAC telah diadakan pada 15 April 2015 di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur. Majlis bertema "Pekerja Sejahtera, Produktiviti Berkualiti, Negara Maju"







0 comments: