Sunday 13 August 2017

LAPORAN KRONOLOGI UNTUK AHLI KPPM BERKAITAN ISU PENAMBAHBAIKAN GRED DV JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL / PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL / PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL BAGI PENSYARAH MARA (KKTM/IKM)

KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI MARA (KPPM)
LAPORAN KRONOLOGI UNTUK AHLI KPPM BERKAITAN ISU PENAMBAHBAIKAN GRED DV JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL / PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL / PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL BAGI PENSYARAH MARA (KKTM/IKM)


Bil.
TAHUN
PERKARA
1
31hb Januari
2008
KPPM telah menghantar kertas kerja ke Mesyuarat JPA-MBK (Majlis  Bersama Kebangsaan Kumpulan Pekerja Sains & Teknologi) berkaitan Penambahbaik Skim perkhidmatan PPLV/PLV.
2
16hb Oktober
2008
KPPM juga telah menghantar Kertas kerja ke Mesyuarat JPA-MBK Untuk Mengujudkan Elaun Khas Pengajar Vokasional (PPLV, PLV) Yang Memiliki Sijil Perakuan Kekompetenan.
3
2008 - 2009
Mesyuarat KPPM bersama JPA dalam Majlis  Bersama Kebangsaan (MBK) Kumpulan Pekerja Sains dan Teknologi sebanyak 4 kali berkaitan kertas kerja yang di hantar oleh KPPM bermula mesyuarat pertama pada 17hb April 2008 (Rujukan Mesyuarat Jkuasa Penyelaras MBK Bil. 1/2008 bertempat di JPA Putrajaya).

Hasil Mesyuarat MBK tersebut;
i.          JPA bersetuju membuat kajian berkaitan Kertas kerja KPPM
ii.         MARA disarankan mengujudkan Peperiksaan KPSL J42 sendiri.
iii.        MARA boleh membuat permohonan khas ke JPA untuk membuat lantikan KUP bagi jawatan PLV J41 jika ada keperluan melantik PLV yang bukan kejuruteraan.
4
28hb Okt 2010

Pihak JPA telah mengeluarkan keputusan menolak kertas kerja KPPM berkaitan elaun khas pengajar Vokasional (PPLV, PLV) Yang Memiliki Sijil Perakuan Kekompetenan atas alasan keperluan perakuan kekompetenan adalah sebahagian kerja hakiki. Rujukan Surat JPA kepada MARA (JPA.SARAAN(s) 215/8/10(14).


5
2010
Kertas kerja penambahbaikan Skim PPLV/PLV masih dalam kajian JPA disebabkan ianya juga melibat jawatan bersepadu daripada agensi yang berkaitan seperti IKBN, ILP, Jabatan Penjara dan lain-lain. JPA mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia , Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pengajian Tinggi, Unit Perancang Ekonomi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Arkitek. Kajian adalah berkaitan gred jawatan Pembantu / Penolong / Pegawai Latihan Vokasional.
6
2011
MARA bersetuju melaksanakan Peperiksaan KPSL PPLV ke PLV seperti mana yang disarankan oleh JPA.
7
2011

JPA telah mengeluarkan pekeliling skim baru (SBPA) menggantikan Skim SSM termasuk skim PPLV/PLV yang digantikan dengan skim Pegawai Latihan Kemahiran. Pekeliling  skim SBPA ini yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1hb Januari 2012 telah dibatalkan oleh JPA disebabkan isu keadilan kenaikan gaji peringkat Jawatan Pengurusan Tertinggi (Gred JUSA) yang dibangkitkan oleh CUEPACS.
8
2011
Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA mengsyorkan di dalam mesyuarat MBJ agar pihak Pengurusan MARA mewujudkan Guru Pakar (Teknikal) yang berpengalaman dan terlatih disetiap pusat IKM dan KKTM setanding dengan  Guru Pakar  (Akademik) yang terdapat di MRSM.
BSM dengan bantuan BKT telah kemukakan kertas cadangan ke JPA pada 28 ogos 2012.
9
2012

KPPM mengemukakan usul dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) untuk mengujudkan  Gred Time Based  untuk semua Gred (B,C,E,F,J,L,N,R,S dan W).

Kertas kerja laluan kerjaya semua pegawai perkhidmatan MARA untuk Jawatan Time Based / fleksi dikemukakan oleh BSM 13 Ogos 2012 melalui KKLW untuk dipanjangkan ke JPA (Kertas Kerja dari KKLW ke JPA 7 September 2012).

10
2012

Maklum balas diterima oleh KPPM di dalam Mesyuarat MBJ adalah secara dasarnya JPA setuju dengan cadangan MARA untuk mengujudkan jawatan Time Based dan gred PLV adalah mengikut time based gred DG.
11
2013

KPPM menyuarakan sekali lagi dalam Mesyuarat MBJ berkaitan status  cadangan pewujudan gred Time Based PPLV/PLV.

KPPM dimaklumkan dalam Mesyuarat MBJ bahawa pihak JPA sedang  memperhalusi cadangan Gred Time Based untuk dilaksanakan dalam semua skim perkhidmatan.
12
2014
Di dalam pembentangan Bajet pada Oktober 2014, PM mengumumkan persetujuan untuk memberi penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam termasuk skim PLV/PPLV untuk dilaksanakan pada tahun 2015.
13
2014
Surat Kelulusan Perjawatan Bil. E 57 Tahun 2014,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan telah meluluskan perjawatan fleksi bagi gred 41/44 untuk untuk dilaksanakan oleh MARA.
14
Feb 2015

KPPM telah dimaklumkan oleh JPA dalam Mesyuarat MBK S&T berkaitan skim baru gred PPLV/PLV. Pihak JPA maklumkan telah menyiapkan pekeliling untuk skim baru PPLV/PLV berserta 252 skim perkhidmatan untuk dilaksanakan dan hanya menunggu masa  diumumkan oleh kerajaan.
15
Jun 2015

Menerusi mesyuarat  MBJ bilangan 2/2015, sekali lagi KPPM membangkitkan isu tersebut untuk tindakan MARA supaya menghubungi JPA bagi mempercepatkan dikeluarkan pekeliling untuk skim baru gred PPLV/PLV berserta Time Based disebabkan skim PLV tiada dalam surat edaran permohonan kenaikan pangkat secara gred fleksi (time base 4 – 6 tahun) yang telah diumumkan oleh MARA (rujukan Surat Pekeliling Perjawatan Mara Bil. 52/2015 - 29 April 2015) untuk gred
1. Bakat dan Seni B41/44
2. Pegawai Ehwal Ekonomi E41/44
3. Pegawai Teknologi Maklumat F41/44
4. Jurutera / Arkitek / Juru Ukur Bahan J41/44
5. Pegawai Undang-Undang L41/44
6. Pegawai Perpustakaan S41/44
7. Akauntan W41/44

Pihak Pengurusan MARA berjanji untuk membuat susulan ke JPA mengenai saranan KPPM ini berkaitan gred PLV J41.

16
Julai 2015

KPPM telah menerima banyak rungutan berkaitan isu pegawai lama berkhidmat yang tidak dapat peluang kenaikan pangkat berbanding jawatan lain yang ada time based dan gred Fleksi. Oleh itu, KPPM mengadakan perjumpaan dengan Presiden CEUPACS untuk mendesak kerajaan bagi mengeluarkan segera pekeliling baru skim gred PPLV/PLV

Presiden CUEPACS berjanji akan mendesak kerajaan untuk mengumumkan skim baru 252 perkhidmatan termasuk skim PPLV/PLV dalam budget 2016 yang akan dibentang oleh PM pada Oktober 2015.
17
Ogos 2015
KPPM juga mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi MBK Bagi Pihak Kumpulan Pekerja Sains & Teknologi untuk mendesak kerajaan bagi mengeluarkan segera pekeliling baru skim  gred PPLV/PLV. Beliau juga berpandangan sama seperti Presiden CUEPACS akan mendesak kerajaan untuk mengumumkan segera skim baru PPLV/PLV.
18
Disember 2015
Dalam mesyuarat MBJ di IKM Lumut, KP MARA telah berbincang dengan pihak JPA berkaitan skim Pegawai Latihan Vokasional. Sebarang kenaikan pangkat secara fleksi ditangguhkan oleh JPA untuk Skim PLV sehingga pekeliling dikeluarkan baru.
19
Mac 2016
Presiden CUEPACS juga memaklumkan telah diberi taklimat oleh JPA berkaitan 252 skim yang akan dipinda.
20
April  2016
Semua kesatuan di bawah gabungan CUEPACS dipanggil taklimat oleh JPA berkaitan 252 skim. Dan pekeliling akan dikeluarkan pada 14hb April 2016. Kuat kuasa pekeliling 1 julai 2016.
21
Mei 2016
Mesyuarat MBJ 27 mei 2016, KPPM telah usulkan kepada pengurusan MARA untuk buat segera kaedah pelaksanaan skim DV yang telah ada dalam pekeliling JPA. KP mara setuju dengan KPPM dan minta BSM buat mesyuarat bersama kesatuan membincang skim DV.
22
1 Julai 2016
Pelaksanaan Pekeliling yang melibatkan 252 skim dengan kenaikan gaji 1 KGT.
22
26 Ogos 2016
Atas arahan KP mara, minta BSM buat segera bengkel Skim DV dan dijemput bersama presiden kesatuan. Bengkel diadakan di Hotel Royal Chulan selama 2 hari bersama pengarah dan pengarah pusat yang terpilih. KP MARA turut hadir bengkel pada pukul 11 malam sehingga 1 pagi.
23
3 Sept 2016
Draf skim DV telah siap dibuat oleh BSM tetapi kesatuan minta draf tersebut dipinda sebab tidak sama dengan saranan kesatuan.
24
9 Sept 2016
BSM setuju adakan semula bengkel bagi memurnikan draf skim DV sebelum dibentangkan kepada KP MARA dan dibawa ke mesyuarat Majlis MARA. Terdapat pindaan yang dibuat oleh KP mara.
25
25 Okt 2016
BSM telah siapkan kertas cadangan dengan pindaan yang dibuat oleh KP. Semakan terakhir telah dibuat oleh kesatuan sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis.
26
1 Nov 2016
Majlis MARA luluskan Skim ‘Time Base’ berdasarkan Kecemerlangan gred DV PPLV/PLV pensyarah IKM/KKTM untuk diangkat ke JPA.
27
1 Dis 2016
Kesatuan telah hubungi JPA berkaitan perlaksanaan skim DV untuk agensi di bawah JPA. JPA maklumkan sekarang dalam proses mendapatkan maklumat PLV DV41 yang telah berkhidmat lebih 8 tahun di IKBN, ILP, ADTEC dan lain agensi bersepadu bawah JPA.
28
23 Nov 2016
BSM telah menghantar kertas cadangan ke JPA untuk mendapatkan persetujuan bagi perlaksanaan Skim DV PPLV/PLV MARA.
29
6 Feb 2017
BSM telah bermesyuarat dengan JPA untuk mendapatkan persetujuan bagi perlaksanaan Skim DV PPLV/PLV untuk MARA.
30
7 Mac 2017
Pengarah BSM telah memaklumkan bahawa JPA melalui email telah memberi persetujuan bagi perlaksanaan Skim ‘Time Base’ berdasarkan Kecemerlangan gred DV PPLV/PLV untuk MARA.
31
13 Mac 2017
Pengarah BSM telah memaklumkan kepada KPPM bahawa MARA telah mendapat surat rasmi persetujuan daripada JPA bagi perlaksanaan Skim ‘Time Base’ berdasarkan Kecemerlangan gred DV PPLV/PLV untuk MARA.
32
15 Mac 2017
KPPM bersama Pengarah BKT telah menandatangani persetujuan Draf Surat Pekeliling yang akan dikeluarkan oleh MARA bagi perlaksanaan Skim ‘Time Base’ Gred DV Berdasarkan Kecemerlangan untuk jawatan PPLV/PLV  MARA.
33

 2 Jun 2017
MARA telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Mara Bil. 8/2017.
Kaedah Kenaikan Pangkat Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Dan Pegawai Latihan Vokasional Berasaskan Kecemerlangan Tanpa Tertakluk Kepada Kekosongan Jawatan.
34
Pertengahan Ogos 2017
BKT dijangka akan mengadakan Bengkel untuk membuat kaedah penilaian kenaikan pangkat pengajar IKM/KKTM berpandukan Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 8/2017.
Bengkel ini akan membincangkan kaedah penilaian temuduga serta format borang-borang berkaitan dan rubrik penilaian pencapaian pengajar.
35
Awal September 2017
P.BKT / P.BSM / KPPM akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan dan membuat keputusan hasil dapatan daripada bengkel bulan Ogos 2017 untuk seterusnya dilaksanakan proses panggilan temuduga atau sebagainya berkaitan kenaikan pangkat pengajar IKM/KKTM berpandukan Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 8/2017.
KPPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi MARA / JPA / CUEPACS/ Kesatuan-Kesatuan Gabungan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan lain-lain pihak yang terlibat untuk melaksanakan penambahbaikan gred jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional / Pegawai Latihan Vokasional bagi pensyarah MARA (KKTM/IKM) sejak mula dicadangkan oleh KPPM dari tahun 2008 sehingga kini telah diluluskan oleh JPA dan MARA.

Semoga Perlaksanaan skim DV ini dapat meningkatkan prestasi kerja serta memberi peluang pensyarah-pensyarah KKTM/IKM mendapat kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi sehingga ke gred DV 54.

Disediakan oleh:
Ahmad Fauzi Bin Mohamed P.P.N
Presiden
Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA
07hb Ogos 2017.

3 comments:

  1. bagaim dgn ski lain? terutama skim Fa. kita semua sedia maklum, pd masa kini kita menuju ke zaman teknologi. ttp penambahbaikan skim ini masih kurang. yg naik baru2 ini skim fa17. tp bgaima dgn kami di fa29? utk kenaikkan pangkat pun susah. untuk naik ke 41 pun susah. di setiap ipma hanya ada 2 org fa. terpaksa menjaga alatan ict ipma. server2. website2. berpuluh system2 yg ada. kerja2 media. dll. mohon kepada kppm agar dpt juga membawa dan penambahbaikan skim ini juga. agar menjadi motivasi setiap pekerja skim ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar tuan, penambahan gred 40 dlm perancangan skrg.
      Jika perlu semua ahli kppm dlm gred F ini buat perjumpaan khas dgn kesatuan utk membincangkan perkara.

      Delete
  2. Mcm mana sekarang bg yg belum dpt? Harap ada back date mcm gred DG.

    ReplyDelete